|
Pusat Membeli Belah Baru Dibuka |
|
|
|
|
Jumaat, 05 Mac 2010 14:41 |
|
Mydin di buka di Kota Seriemas
Mengenai My Mydin di Kota Seriemas, ia berkonsepkan peruncitan eko yang mempunyai kelainan dibandingkan dengan rangkaian Mydin yang ada sebelum ini.
Ia dibina dengan landskap yang sangat menarik serta dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada para pengunjung, katanya.
"Di My Mydin Kota Seriemas ini juga, disediakan kemudahan seperti surau, tempat menjamu selera 24 jam, taman permainan untuk kanak-kanak, ruang tempat letak kereta percuma, kios yang menjual pelbagai barangan dan sebagainya.
"Kita harap My Mydin Kota Seriemas ini akan menjadi pusat sehenti kepada penduduk di sini dan sekitarnya bagi mendapatkan barangan keperluan mereka di samping menjamu selera dengan pelbagai aktiviti," katanya.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 28 Mac 2010 23:07 |
to post comments.